Lindungi identiti anda.
Jangan siarkan maklumat peribadi (nombor telefon, alamat, tempat anda bekerja) di profil awam anda. Hanya kongsikan maklumat ini dengan pengguna lain apabila anda rasa anda mempercayai mereka. Apa-apa yang anda kongsikan dengan pengguna lain boleh menjadi awam melalui tindakan mereka, jadi sila berhati-hati apabila berkongsi foto atau video diri anda. Harap anda berwaspada dengan pemancingan data dan penipuan asmara, dan jangan bekalkan sebarang maklumat kewangan kepada pengguna lain. Selain itu, sebarang kod penentusahan SMS yang dihantar kepada anda oleh Grindr adalah untuk anda sahaja, dan anda tidak patut kongsikan dengan sesiapa pun atas apa jua sebab.&
Sekiranya anda tidak selesa menyiarkan gambar wajah anda di Grindr, pertimbangankan untuk menggunakan gambar yang melambangkan diri anda dengan cara yang berbeza (contohnya, foto berkaitan hobi atau personaliti). Sekiranya anda memilih untuk menyiarkan foto wajah, ketahuilah bahawa pencarian foto boleh dilakukan dan menemui halaman lain yang anda pernah siarkan.
Begitu juga, berwaspadalah jika anda memilih untuk menyambung ke akaun media sosial anda ( Seperti, Instagram, Facebook, Spotify atau Twitter) ke profil Grindr anda.
Pasti akaun anda selamat.
Ia langkah bijak untuk melindungi akaun anda dengan menggunakan kata laluan unik sepenuhnya di Grindr yang sukar diteka, serta memanfaatkan ciri-ciri kod PIN kami. Kami juga menawarkanikon applikasi rahsia.
Sila fahami bahawa orang mungkin menyimpan dan/atau berkongsi maklumat peribadi anda dalam sembang seperti mesej atau foto.
Berwaspada dengan ciri-ciri lokasi.
Daripada halaman tetapan, anda boleh memilih jika anda ingin untuk "Tunjuk Jarak" dalam pandangan grid pengguna lain. Dengan menyahpilih "tunjuk jarak", jarak anda dari orang lain tidak akan dipaparkan. Namun, profil anda tetap boleh dilihat oleh orang lain dalam grid, diisih mengikut jarak anda dari mereka, maka anggaran jarak mungkin boleh diteka. Grindr hanya mengumpul maklumat ada dalam lingkungan ketepatan 100 meter. Kadang kala, ini sangat hampir dengan tempat anda berada dan kadang kala ini boleh hampir 100 meter terkeluar dari lokasi sebenar anda.
Jika anda tidak ingin menunjukkan anggaran jarak anda, anda sentiasa boleh pergi ke tetapan peranti dan mematikan perkongsian lokasi. Di rantau dunia tertentu, menjadi komuniti ahli LGBTQ adalah diharamkan. Dalam kawasan tersebut, Grindr mungkin secara automatik mengaburkan lokasi pengguna, atau akan menutup ciri ini sepenuhnya.
Berwaspada ketika melakukan perjalanan.
Sekiranya anda pergi ke tempat baru, kaji undang-undang tempatan. Malangnya, di beberapa negara di mana menjadi LGBTQ+ adalah jenayah, penguatkuasaan diketahui menggunakan aplikasi media sosial sebagai alat untuk menangkap. Beberapa negara mempunyai undang-undang yang bahkan menjadi satu jenayah untuk berkomunikasi antara orang di rangkaian LGBTQ+.
Sekiranya anda berada di kawasan yang mungkin tidak selamat, gunakan langkah berhati-hati dan rujuk pertubuhan hak asasi manusia tempatan untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.
Jangan terburu-buru.
Cuba bersembang melalui perbualan telefon atau video sebelum bertemu. Malah semasa bersembang dalam talian, berhati-hati dengan perkara yang anda kongsikan. Anda mungkin ingin menentusahkan terlebih dahulu melalui media sosial atau dengan rakan (atau rakan atas rakan) kepada orang yang anda bersembang dengan anda adalah benar-benar sebahagian daripada komuniti LGBTQ+.
Walaupun Grindr berusaha keras untuk menyekat penipu dengan cepat, mereka memang wujud dan anda harus berhati-hati. Sesetengah penipu “ugutan seks” mungkin merakam dan menggunakan kandungan mesej atau video intim terhadap anda. Penipu mungkin cuba membuat anda berpindah ke e-mel atau video dengan sangat cepat, kerana mereka tahu mereka akan disekat daripada Grindr tidak lama lagi. Secara umum, kami mengesyorkan agar anda menyimpan komunikasi di Grindr sehingga anda benar-benar selesa.
Berkongsi lokasi atau alamat rumah anda mungkin berisiko, lakukan hanya jika anda berasa selesa, dan jangan berasa tertekan jika seseorang telah menghantar lokasi mereka kepada anda (kerana ia mungkin bukan lokasi sebenar mereka dan mereka mungkin menggunakannya untuk mengumpan anda untuk memberikan lokasi sebenar anda).
Sekiranya anda memilih untuk bertemu, kami mencadangkan anda melakukannya di tempat awam terlebih dahulu, di tempat yang selamat seperti kafe mesra LGBTQ+, dan berhati-hati dengan barang kepunyaan sendiri yang anda bawa. Ketahui had anda dengan alkohol, jangan terima minuman atau ubat-ubatan ganjil, dan awasi minuman anda sendiri.
Pastikan orang yang bertanggungjawab yang anda percayai tahu siapa yang anda temui, tempat yang anda akan pergi, dan masa yang anda rancangkan untuk pulang. Berikan maklumat hubungan kecemasan. Akhirnya, pastikan anda menguruskan sendiri pengangkutan anda dan mempunyai rancangan untuk pulang.
Amalkan seks selamat.
Jangan benarkan sesiapa pun membuat anda berasa keseksualan anda tidak normal. Jangan biarkan orang lain memalukan anda atau memberitahu anda apa yang anda suka bukkan yang terbaik untuk anda. Dan jangan biarkan sesiapa menekan anda untuk melakukan hubungan seks jika anda tidak mahu melakukannya. Begitu juga, pastikan untuk meminta persetujuan sebelum melakukan hubungan seks, dan menghormati batas. Persetujuan boleh ditarik balik pada bila-bila masa, dan hubungan seks tidak pernah terhutang kepada sesiapa pun.
Amalkan seks yang lebih selamat dan kerap menjalani ujian HIV dan lain-lain STI. Sentiasa berbual dengan orang yang anda temui mengenai harapan keselamatan anda.
Gunakan ciri sekat dan laporan kami.
Sekiranya seseorang membuat anda berasa tidak selesa di aplikasi, anda boleh memilih untuk menyekat mereka dengan memilih ikon '🚫' pada profil pengguna dan mengetik ‘sekat.’ Ini akan mengeluarkan anda daripada pandangan pengguna, serta mengeluarkan pengguna daripada pandangan anda, dan anda tidak akan dapat menghubungi satu sama lain melainkan jika anda memilih untuk nyahsekat mereka.
Sekiranya anda merasakan pengguna lain melanggar Garis Panduan Komuniti kami, laporkan dengan memilih ikon '🚫' pada profil pengguna dan mengetik 'laporkan'. Pasukan penyederhanaan kami akan menyemak semula profil pengguna dan laporan anda dan mengambil tindakan sewajarnya.
Walaupun anda mengikuti semua petua kami, tiada pelan pengurangan bahaya yang sempurna Sekiranya anda ingin melaporkan kejadian yang berlaku di Grindr, beritahu kami di help@grindr.com. Anda juga boleh pergi ke pertubuhan hak asasi manusia atau LGBTQ+ untuk mendapatkan bantuan, dan jika anda selesa, laporkan kepada pihak berkuasa.
Kami mengalakkan anda untuk berhubung antara satu sama lain dan membantu kami untuk membina komuniti yang selamat dan inklusif
Kesedaran COVID-19
Di banyak kawasan di dunia, dinasihatkan agar tidak bertemu secara langsung sekarang. Kami menyarankan agar anda bertemu janji secara maya bagi mengurangkan risiko penyebaran atau mengecilkan saiz penyebaran COVID-19.
Sekiranya anda bertemu dengan seseorang: rancang aktiviti luar, pakai topeng, dan kekal penjarakan sosial.
Untuk lebih banyak petua berkaitan dengan COVID-19, kunjungi laman web WHO.
Panduan Keselamatan Grindr Menyeluruh
Untuk lebih banyak petua mengenai keselamatan digital, keselamatan peribadi, dan penjagaan diri