Persetujuan yang dimaksudkan adalah perjanjian antara anda dan orang lain untuk menentukan apa yang anda ingin lakukan bersama. Kita boleh mengamalkan kebiasaan mendapatkan persetujuan dalam kehidupan seharian kita, sama ada meminta keberanan untuk memeluk rakan sekerja baru atau memberitahu sesorang yang kita kenali melalui Grindr tentang had keselesaan kita dalam hubungan seks.
Berhubungan dengan seks, mendapatkan persetujuan daripada kedua pihak dapat memastikan yang kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka inginkan tanpa disakiti. Kebiasaan mendapatkan persetujuan boleh dilakukan dengan komunikasi terbuka, dan ia adalah jalan dua hala: mendapatkan dan memberikan persetujuan.
Mendapat persetujuan bermaksud mendapatkan pengesahan yang jelas bahawa pasangan anda berasa selamat, yakin dan akan menikmati aktiviti seksual yang akan anda lakukan. Ini boleh dicapai dengan beberapa cara, termasuk menanyakan soalan-soalan seperti "Bolehkah saya membuka baju anda?" atau memberi saranan seperti "Saya ingin mencium anda, anda setuju?". Dengan cara bertanya dan mendapatkan kebenaran boleh meyakinkan pasangan anda bahawa anda memahami dan menghormati had anda berdua.
Memberi persetujuan dan kebenaran bermaksud memberitahu pasangan anda bahawa anda setuju dan sedang menikmati segala apa yang sedang berlaku. Anda boleh memberi persetujuan dan kebenaran dengan mengakatan "Ya" dan juga dengan memberi pasangan anda isyarat nonverbal yang menunjukkan anda sedang menikmati diri anda dan pengalaman tersebut amat memuaskan.
Ia amat penting untuk mengingatkan diri anda bahawa segala persetujuan boleh dibatalkan. Pernahkah anda mengucapkan sesuatu kepada seseorang melalui Grindr tetapi anda berubah fikiran setelah berjumpa dengan orang itu? Anda boleh mengubah fikiran anda bila-bila masa sahaja. Walaupun anda telah memberi kebenaran melalui Grindr tidak bermaksud yang anda harus melakukannya apabila anda berjumpa dengan orang tersebut. Pada penghujungnya, anda dan pasangan anda harus merasa dihormati and selesa dengan apa sahaja yang akan anda lakukan bersama.
Sila tonton video daripada Planned Parenthood ini untuk maklumat lanjut tentang persetujuan. Senarai daripada Teen Vogue ini mempunyai contoh-contoh bagaimana untuk berkomunikasi tentang persutujuan dalam sebuah perhubungan. [Link untuk maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris]