Jawapan kepada soalan ini tergantung kepada jenis hunbungan seks anda. Doktor akan melakukan ujian HIV, ujian darah untuk mengesan sifilis, dan ujian air kencing untuk penyakit kelamin yang lain. Jika anda melakukan seks oral, anda harus pastikan yang doktor anda mengambil sampel sel dari dalam mulut anda untuk mengesan penyakit kelamin. Jika anda memasukkan zakar pasangan anda ke dalam dubur anda, anda juga harus pastikan yang doktor mengambil sampel sel dari dubur anda.
Ia sangat penting bagi anda untuk menjalani ujian yang mengesan Hepatitis B dan Hepatitis C sekurang-kurangnya sekali terutamanya jika anda menghidap HIV-positif.
Sila tonton video (1 minit) ini daripada Greater Than AIDS untuk maklumat lanjut. [Link untuk maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris]