Orang yang menghidap HIV-positif selalunya menjalani ujian untuk mengesan jumlah bilangan virus di dalam tubuh mereka apabila mereka memulakan rawatan pertama dengan doktor. Doktor akan menyarankan berapa kerap pesakit harus menjalani ujian di masa hadapan.
Jika virus tidak dapat dikesan di dalam tubuhnya selama sekurang-kurangnya enam bulan, penghidap HIV disarankan menjalani ujian untuk mengesan jumlah bilangan virus setiap enam bulan. Sila kunjungi lelaman web HIV.org untuk maklumat lanjut.